
Bank itu juga memperkenalkan peruntukan pelucutan hak baru dalam pelan pampasan kepada eksekutif tertingginya, termasuk Ketua Eksekutif, David Soloman dan bekas ketua Blankfein, berkaitan prosidng 1MDB yang sedang berjalan.
Syarikat itu berkata, dalam satu pemfailan peraturan tadbir urus, lembaga pengarah boleh mengurangkan pakej gaji eksekutif kanan sekiranya didapati hasil siasatan yang sedang berjalan akan memberi kesan ke atas keputusan mengenai pampasan akhir tahunnya.
Goldman disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung peranannya sebagai penaja jamin dan pengurus 3 jualan bon yang mengumpulkan AS$6.6 bilion untuk 1Malaysia Development Bhd.
Bank Wall Street itu juga berkata, ia membayar pampasan berjumlah AS$23 juta kepada ketua pegawai eksekutifnya, David Solomon, pada 2018, meningkat 9.5% berbanding 2017. Blankfein menerima pampasan sebanyak AS$20.5 juta bagi tahun 2018, kurang AS$3.5 juta berbanding 2017.