
Ketua Komuniti Agama Islam Austria (IGGO), Umit Vural dalam satu kenyataan berkata, mahkamah Vienna mengeluarkan perintah membatalkan keputusan kerajaan menutup 6 masjid.
Tahun lepas, seorang wakil pihak berhaluan kanan, Sebastian Kurz memutuskan menutup 7 masjid dan mengusir puluhan imam.
Semasa sidang akhbar, Kurz berkata, langkah itu bertujuan mengekang aktiviti “politik Islam”.
Katanya, siasatan Kementerian Kebudayaan dan Dalam Negeri mendapati aktiviti dijalankan di 7 masjid terbabit – salah satunya milik Persatuan Kebudayaan Islam menyalahi undang-undang.
Masjid Turki dibuka semula Jun lalu selepas ia memenuhi peraturan ditetapkan.