Hina nabi: Pemuda Umno, NGO gesa polis bertindak

Hina nabi: Pemuda Umno, NGO gesa polis bertindak

Pemuda Umno berharap kerajaan tidak pilih kasih terhadap sesiapa yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama.

berkata sikap rasis dan penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi di zaman kerajaan PH.
PETALING JAYA:
Pemuda Umno dan kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki yang bertindak menghina Nabi Muhammad di laman Facebook.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata lelaki itu yang juga penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) begitu angkuh walaupun dikritik pelbagai pihak di media sosial sebelum ini.

“Pemuda Umno berharap tiada sikap pilih kasih pihak kerajaan terhadap sesiapa jua yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama.

“Rakyat hakikatnya merindui zaman kegemilangan Malaysia yang cukup harmonis dalam kepelbagaian agama dan kaum tanpa perlu hanya beretorik dengan label ‘Malaysia Baru’,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan 11 NGO membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat lelaki terbabit.

NGO berkenaan antaranya ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Amanah Rasah Cekal (ARC) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desma).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay dipetik sebagai berkata tindakan lelaki itu menggugat keharmonian dan keamanan umat Islam di negara ini.

“Gejala ini perlu ditangani segera agar tidak berleluasa selain mengelak timbul sikap kebencian sesama kaum,” kata Presiden MJMM, Abdul Rani Kulop Abdullah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.