
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan itu dan berkata, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, ia mendapat izin Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas pengerusi bukan eksekutif Felcra itu dan isterinya, Zizie Izette A Samad di bawah Seksyen 17(a) serta Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Katanya, Bung ditahan pada 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah, manakala pelakon itu pula ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 11.15 pagi tadi, selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkaitan kes itu.
Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.