Singapura lulus undang-undang berita palsu

Seramai 72 ahli Parlimen bersetuju dengan undang-undang berita palsu di Singapura. (Gambar Facebook)

SINGAPURA: Rang undang-undang berita palsu diluluskan Parlimen Singapura, semalam selepas perbahasan maraton selama 2 hari, menurut The Strait Times.

Pada akhir sesi Rabu yang berlanjutan sehingga 10 malam, Rang Undang-undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian diluluskan dengan 72 ahli berkata “ya”, dan semua 9 ahli daripada Parti Pekerja berkata “tidak” dan 3 ahli Parlimen (NMP) yang dilantik mengambil pendirian berkecuali, menurut laporan itu.

Laporan dalam talian itu berkata anggota yang mengundi menyokong rang undang-undang itu termasuk semua ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir di dewan dan beberapa NMP.