Hindraf minta perlindungan tambahan bagi Waytha selepas ancaman pengganas

Hindraf minta perlindungan tambahan bagi Waytha selepas ancaman pengganas

Hindraf berkata suspek yang ditahan awal bulan ini mempunyai niat untuk membunuh beberapa personaliti berprofil tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.
KUALA LUMPUR:
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) meminta polis mempertimbangkan perlindungan keselamatan tambahan bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy selepas kejayaan polis mematahkan rancangan pengganas baru-baru ini.

Penasihat undang-undang, Karthig Shan dalam kenyataan hari ini berkata, suspek yang ditahan awal bulan ini mempunyai niat untuk membunuh beberapa personaliti berprofil tinggi berikutan dakwaan kononnya mereka gagal menyemangati Islam dan mempersendakan agama itu.

Beliau berkata, penyokong Hindraf amat bimbang kerana sebelum ini terdapat serangan ke atas Waytha di pejabatnya pada 16 Ogos 2017 sebelum beliau menemui Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata, Waytha sekali lagi “disasar” semasa perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dan dijadikan kambing hitam dalam isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengumumkan polis menahan 4 orang disyaki menjalani aktiviti pengganas.

Keempat-empat mereka dipercayai anggota IS, dikatakan merancang untuk melakukan serangan pengganas ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan akan menuntut pembelaan atas kematian Adib, yang cedera parah semasa rusuhan kuil tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.