
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata bagi 35 kawasan yang terjejas di Klang, 69% kawasan pulih setakat 12 tengah hari tadi.
Raof berkata, pihaknya sedang melipatgandakan usaha bagi meningkatkan dan menstabilkan tekanan air di sistem agihan serta mempercepatkan proses pemulihan bekalan di semua kawasan.
“Bantuan bekalan air menerusi lori tangki masih diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my atau aplikasi Air Selangor di telefon bimbit serta Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut.