Bunuh abang: Pasangan kekasih direman 6 hari

Bunuh abang: Pasangan kekasih direman 6 hari

Suspek perempuan berumur 14 tahun dan teman lelakinya berusia 15 tahun tiba di mahkamah berpakaian lokap pada pukul 8.30 pagi dari IPD Taiping.

Mayat mangsa berusia 16 tahun ditemui di belakang sebuah rumah kosong. (Gambar Bernama)
TAIPING:
Sepasang kekasih remaja direman 6 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurul Hidayah Ismail untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek perempuan berumur 14 tahun, yang juga adik mangsa, dan teman lelakinya berusia 15 tahun tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap pada pukul 8.30 pagi dari ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Taiping.

Semalam, mayat pelajar itu ditemui dibuang di belakang sebuah rumah kosong dekat rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting kira-kira pukul 12.18 tengah hari semalam.

Kedua-duanya ditahan kira-kira 4.25 petang semalam di rumah masing-masing dan mengaku membunuh mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.