Saya gembira dalam Umno, kata Khairy mengenai pelawaan sertai PPBM

Saya gembira dalam Umno, kata Khairy mengenai pelawaan sertai PPBM

Semalam Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menggesa Khairy meninggalkan pandangan sayap kanan yang menurutnya sedang berkembang dalam kerjasama Umno-PAS.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR:
Khairy Jamaluddin hari ini berkata, beliau berpuas hati untuk terus berada dalam Umno berikutan pelawaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Ahli Parlimen Rembau itu menyertai PPBM.

“Saya gembira di tempat saya sekarang, terima kasih,” Khairy memberitahu pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, beliau maklum bahawa ketua Pemuda PPBM itu ada menyebut namanya secara khusus, tetapi enggan memberi komen ketika ditanya sama ada beliau dihubungi secara peribadi supaya menyertai parti berkenaan.

“Cukup, cukup,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq, yang juga menteri belia dan sukan, menggesa Khairy supaya meninggalkan pandangan sayap kanan yang menurutnya sedang berkembang dalam kerjasama Umno-PAS.

“Saya mahu menjemput @Khairykj menyertai PPBM,” katanya di Twitter, selagi gus menandai akaun Khairy.

“Sertai Tun, TSMY, DSMM & Tokpa, kita boleh menggerakkan Malaysia ke depan,” katanya, merujuk kepada Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad, presiden parti itu Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.