6 maut dalam kemalangan 3 kenderaan di Melaka

6 maut dalam kemalangan 3 kenderaan di Melaka

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, 14 anggota bersama sebuah jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 24 minit selepas menerima panggilan pada 9.10 malam Jumaat.

Keadaan Isuzu D’max yang terbabit dalam kemalangan dengan 2 kenderaan lain di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin di Kampung Pegoh, Melaka, malam tadi. (Gambar Twitter)
ALOR GAJAH:
Enam maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 9 malam tadi membabitkan sebuah kenderaan Isuzu D’max, Mitsubishi Triton dan treler.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, 14 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah tiba di tempat kejadian kira-kira 24 minit selepas menerima panggilan pada 9.10 malam tadi.

Menurut kenyataan itu, kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan sedang dilakukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.