
Ketua Pemuda PBS, Christopher Mandut menolak tanggapan penggunaan slogan seperti itu sebagai tanda kurangnya perasaan patriotik.
“Untuk mengatakan penggunaan slogan ini bukan rakyat Malaysia sebenarnya kelakar,” katanya kepada FMT.
“Apabila rakyat menggunakan slogan ini, ia bukan sebab mereka tidak cinta Malaysia. Sebaliknya, mereka cintakan Malaysia.
“Tanpa Sabah dan Sarawak, dan Singapura untuk perkara itu, Malaysia tidak akan wujud.”
Mandut menambah slogan itu bukan mengenai Malaysia dan sama ada negeri di Malaysia Timur ingin berpisah.
“Ini mengenai hak kami, dan jika kerajaan persekutuan memberi perhatian, ia akan memahami mengapa.”
Pada 16 Ogos, Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Sabah dan Sarawak sepatutnya berfikir sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai orang dari wilayah tertentu.
Beliau juga berkata mentaliti “Sabah untuk orang Sabah” dan “Sarawak untuk orang Sarawak” adalah tidak sihat.
Namun Mandut berkata mereka di Sabah dan Sarawak hanya menuntut hak yang diberikan kepada mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau memberi contoh Hari Malaysia yang akan datang, mengatakan ia hanya diwartakan oleh arahan eksekutif dan bukan dibawa ke Parlimen dan dimasukkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Sehingga hari ini, katanya, perlembagaan masih mentafsirkan dirinya mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
“Rakan-rakan Malaysia di Tanah Melayu terlalu sibuk bercakap mengenai kaum dan agama,” katanya.
“Saya bersimpati dengan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan persekutuan, tetapi sentimen ‘Sabah untuk rakyat Sabah’ tidak bersifat perkauman.”
Berbanding dengan rakyat Malaysia di Semenanjung, katanya, rakyat Malaysia Timur hampir tertinggal sekurang-kurangnya 20 tahun.
Beliau turut mempersoalkan hasrat kerajaan persekutuan untuk membantu Sabah dan Sarawak, mendakwa ia hanya menumpukan usahanya di Semenanjung.
“Kerajaan persekutuan baik berhenti dan mendengar.
“Kami menantikan pengumuman perdana menteri berhubung MA63 pada Hari Malaysia yang akan datang ini. Kami harap ia tidak kosmetik semata-mata.”