Korea bersiap hadapi taufan Lingling

Korea bersiap hadapi taufan Lingling

Taufan Lingling diramal terus bergerak ke utara Korea pada tengah hari Sabtu.

Taufan Lingling dengan kelajuan maksimum 140km sejam dijangka membadai kawasan pulau dan pantai di bahagian selatan dan Barat Korea hari ini. (Gambar Bernama)
SEOUL:
Korea Selatan bersiap siaga ekoran taufan Lingling diramal membadai pada Sabtu disusuli hujan lebat serta angin kencang, lapor agensi berita Yonhap.

Satu siri amaran dikeluarkan di seluruh negara berikutan taufan ke-13 tahun ini bakal menghampiri Semenanjung Korea pada kelajuan maksimum 39 meter sesaat atau 140 kilometer sejam, menurut Persatuan Meteorologi Korea.

Taufan itu diramal terus bergerak ke utara pada tengah hari.

“Rekod kekuatan angin dijangka dicatatkan di pulau-pulau dan kawasan pantai selatan dan barat,” kata agensi cuaca itu.

Kerajaan pusat dan perbandaran juga mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan kerosakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.