PT3, PAV ditangguh ekoran cuti peristiwa di Kelantan

PT3, PAV ditangguh ekoran cuti peristiwa di Kelantan

Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu dibuat kerana 29 dan 30 Sept diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kelantan sebagai menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR:
Kertas Bahasa Melayu (BM) 1 dan 2 bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) esok ditunda ke 9 Okt manakala kertas BM Komunikasi serta English for Communication pada hari yang sama bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditangguh ke 3 Okt.

Kementerian Pendidikan melalui kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata penangguhan itu dibuat kerana 29 dan 30 Sept 2019 diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kelantan sebagai menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Susulan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 semalam, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan cuti peristiwa pada kedua-dua hari itu bagi Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.