Nga akan buat laporan polis mengenai catatan FB

Nga akan buat laporan polis mengenai catatan FB

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming menasihatkan Najib Razak kembali ke pangkal jalan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming akan membuat laporan polis terhadap Najib Razak berhubung catatan Facebook mengenai tanda jalan dwibahasa yang mana bekas perdana menteri itu dakwa “menghasut” terhadap sultan Selangor.

“Kami akan buat laporan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu acara hari ini.

“Saya sudah nasihatkan beliau bertaubat. Serendah mana lagi martabatnya selepas ini?”

Catatan Najib itu memaparkan tangkap layar yang dikatakan catatan FB “Nga Kor Ming Super Fans Page”.

Nga semalam berkata pemeriksaan mendapati ia sebenarnya daripada laman FB “Ju Xi Wan Yak”.

Beliau berkata laman itu tiada kaitan dengannya atau DAP.

Nga hari ini menepis dakwaan Najib sebagai tidak masuk akal. Beliau juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan menunggu nasihat daripada peguam.

Beliau juga menuduh Najib beralih kepada berita palsu, mengatakan bekas perdana menteri itu “ketandusan idea”.

“Telah sampai jalan buntu, tak tahu nak buat apa,” tambahnya.

“Nasihat saya untuk Najib: sila bertaubat, kembali ke pangkuan jalan. Janganlah terus terjemurus dalam kancah menabur fitnah. Dari segi Islam, fitnah ialah dosa besar.”

Nga juga bercakap mengenai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Pencegahan Keganasan, dan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan), mengatakan ia masih perlu untuk mencegah keganasan.

Beliau menambah undang-undang berkenaan akan dikaji semula bagi mengelak salah guna.

“Kami percaya kaji semula lebih sesuai, hanya untuk elak penyalahgunaan.

“Undang-undang pencegahan penting untuk melawan keganasan. Mencegah lebih baik dari merawat. Yang penting kita tidak salahgunakan undang-undang tersebut.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.