Kajian mekanisme subsidi petrol M40 siap Mac 2020, kata Guan Eng

Kajian mekanisme subsidi petrol M40 siap Mac 2020, kata Guan Eng

Lim Guan Eng berkata kerajaan masih dalam peringkat meneliti mekanisme tersebut yang dijangka siap menjelang Mac 2020.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kajian membabitkan M40 dijangka siap pada Mac 2020.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian mengenai mekanisme subsidi petrol bagi isi rumah kumpulan berpendapatan pertengahan (M40) pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini.

Beliau berkata kerajaan masih dalam peringkat meneliti mekanisme tersebut yang dijangka siap menjelang Mac 2020.

“Kajian membabitkan M40 itu dijangka siap pada Mac dan kita akan membuat pengumuman selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘In Conversation with the Finance Minister and Halifax Bank of Scotland whistleblower, Paul Moore,’ (Bicara Bersama Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dan Pemberi Maklumat Halifax Bank Of Scotland, Paul Moore) di sini.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution dipetik sebagai berkata, kerajaan akan mengumpulkan maklumat sewajarnya bagi menentukan bilangan mereka daripada kumpulan M40 yang layak untuk menikmati manfaat Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2020 pada Jumaat lepas.

Menurut Saifuddin, kementerian beliau akan membincangkan secara lanjut perkara itu dengan Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan bagi merangka mekanisme untuk mengenal pasti hanya mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.