
Menerusi catatan blog, katanya, beliau terkejut dengan nasihat yang diterima yang mendesaknya tidak menghadiri kongres tersebut.
“Seperti biasa, terdapat pandangan yang ekstrem tetapi secara keseluruhan mereka seimbang,” katanya.
Kongres itu dikritik selepas ucapan panas ketua penganjur Zainal Kling, yang kini disiasat polis berhubung kenyataannya.
Beberapa resolusi yang dibangkitkan turut menimbulkan pertikaian, termasuk cadangan menghapuskan sekolah vernakular dan hanya orang Melayu dibenarkan memegang jawatan tertinggi kerajaan.
Mahathir bagaimanapun berkata dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, lazim bagi masyarakat mengaitkan identiti mereka dengan negara asal masing-masing walaupun mereka merupakan warganegara selama tiga generasi.
“Mereka tidak mahu kehilangan identiti bangsa mereka. Mereka menunjukkan kaitan etnik ini melalui bahasa, budaya, sekolah dan organisasi etnik mereka.”
Beliau berkata di negara berbilang kaum, orang bukan asal dikaitkan dengan hampir sepenuhnya dengan penduduk asal dengan mengamalkan bahasa dan budaya mereka.
“Ini adalah ukuran toleransi orang asal di Malaysia bahawa perhimpunan yang terbatas kepada kumpulan etnik yang berbeza diterima sebagai normal.
“Ia tidak boleh, kumpulan etnik lain boleh mengadakan perhimpunan untuk membincangkan hal mereka, orang Melayu tidak boleh, bahawa perhimpunan mereka bersifat rasis.”
Di Malaysia, katanya, orang bukan asal diterima sebagai warganegara dengan satu juta kewarganegaraan diberikan walaupun tidak layak.
Beliau berkata negara bekas tanah jajahan Eropah yang lain, orang bukan asal didiskriminasi, malah diserang oleh orang asal, yang mana ia tidak berlaku sedemikian di Malaysia.
“Ia menyakitkan saya untuk fikir bahawa di negara mereka sendiri, orang asal tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh bersifat rasis.
“Dan sekarang, tentu saja, saya akan dilabel sebagai rasis kerana menulis (catatan) ini.”