
Tuntutan itu dikemukakan kepada FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung dalam terma perjanjian sewaan venue.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud dalam kenyataan media hari ini berkata, hasil pemeriksaan yang dibuat selepas perlawanan, didapati sejumlah 44 unit kerusi stadium berkenaan dirosakkan oleh penyokong Indonesia yang mengakibat kerugian sejumlah RM11,000.
Lebih 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.