
Katanya, akuan itu perlu dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat dan salinannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau ketika membacakan usul yang diluluskan Dewan Rakyat, berkata ia sejajar prinsip akauntabiliti dan ketelusan.
Usul khas itu yang mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka diluluskan 1 Julai lalu.
Ahli Parlimen pada mulanya diberikan masa sehingga 1 Okt lalu untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi Liew berkata, tempoh itu dilanjutkan ke 5 Dis ini.
Di bawah usul itu, ahli Parlimen yang didapati membuat pengisytiharan palsu akan didakwa di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 193 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.