
Tims berkata, polis New Zealand memuktamadkan satu pelan untuk mengeluarkan mayat dari White Island pada Jumaat pagi dan keluarga mangsa akan diberi taklimat mengenai operasi itu pada Khamis petang.
Saintis GNS Graham Leonard berkata, pulau itu adalah dalam keadaan amat tidak stabil ketika ini.
Pakar gunung berapi GeoNet menyediakan pengiraan terkini pada Khamis petang mengenai kemungkinan berlaku satu lagi letusan di White Island.
Pengiraan baru mereka adalah terdapat kemungkinan 50-60% letusan yang berlaku yang boleh memberi kesan di luar kawasan bolong yang ditandakan dalam tempoh 24 jam akan datang.
Keluarga dan rakan mangsa yang hilang di pulau itu menanti dengan cemas untuk operasi mengeluarkan mayat tersebut.
Bagaimanapun, ia dianggap terlalu berbahaya.
Menteri Polis Stuart Nash berkata, beliau memahami kekecewaan keluarga yang ingin mendapatkan kembali jasad orang tersayang mereka dari White Island.
Bagaimanapun, mereka menerima nasihat saintis dan mengambil kira semua risiko sebelum menghantar orang ke sana.
Sejak kira-kira pukul 4 pagi pada Rabu, tahap gegaran gunung berapi meningkat dengan ketara di pulau itu, kata GeoNet.
Letusan gunung berapi di White Island menyebabkan 8 orang terkorban, 9 hilang dan 21 lagi dirawat di beberapa hospital di New Zealand.