Gadis OKU sindrom down kini model terkenal di UK

Gadis OKU sindrom down kini model terkenal di UK

Ibu kepada gadis OKU berusia 22 tahun sering memberi sokongan padu dan kini anaknya menjadi model dan penghias majalah terkemuka, Girlfriend Mag.

Sesiapa sahaja yang dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) pasti akan merasa rendah diri jika berhadapan dengan orang yang normal.

Ini hakikatnya dan kebanyakan di antara mereka akan memendam rasa kerana kekurangan yang ada.

Rasa malu, sedih dan tidak ada keyakinan diri akan membelenggu kehidupan golongan OKU ini.

Namun seorang gadis yang berasal dari Brisbane, Madeline Stuart merasakan perkara sebaliknya, ini kerana walaupun dilahirkan sebagai OKU, dia tetap terpilih menjadi seorang model.

Madeline baru-baru ini diberi mandat memperagakan fesyen pada sesi peragaan Norish Kareem (NK) Fashion Show (NKFS) berlangsung di London, United Kingdom (UK).

Menurut ibunya, Rosanne Stuart dia sentiasa memberi sokongan kepada anaknya supaya tidak putus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi seorang model.

Selain itu, mereka juga sering pergi ke gim untuk bersenam bagi mengekalkan keseimbangan berat badan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Terbaru, Madeline memuat naik di Instagram miliknya menyatakan wajahnya menghiasi majalah Girlfriend Mag yang menjadi idamannya selama ini.

Madeline sebaris dengan wanita luar biasa iaitu seramai 25 wanita hebat menghiasi majalah Girlfriend Mag.

“Sangat berbesar hati kerana sebaris dengan wanita luar biasa iaitu seramai 25 wanita hebat menghiasi majalah Girlfriend Mag. Antaranya penyanyi, model dan artis, Alli Simpson.

“Kita benar-benar menguasai dunia. Terima kasih Girlfriend Mag kerana menerbitkan kisah saya untuk tatapan pembaca.

“Tiada yang lebih menggembirakan selain apa yang saya perolehi hari ini. Menterjemahkan kepelbagaian dan menunjukkan dunia kita semua sama dan cantik,” tulisnya di Instagram miliknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.