Laporan: Arab Saudi henti biaya masjid di luar negara

Laporan: Arab Saudi henti biaya masjid di luar negara

Arab Saudi mahu mewujudkan majlis pengurusan tempatan bagi setiap masjid yang dibiayainya untuk memastikan ia berada pada 'tangan yang selamat'.

Arab Saudi mahu menyerahkan Masjid Geneva kepada sebuah majlis pentadbiran Switzerland yang mewakili orang Islam di kawasan itu.
PETALING JAYA:
Bekas menteri kehakiman Arab Saudi Mohammed Abdul Karim Issa memberi tahu bahawa negara itu tidak lagi akan membiayai masjid di luar negara, lapor Middles East Monitor memetik Arabi21.com pada Jumaat.

Dalam pada itu Arab Saudi juga dilaporkan akan mewujudkan majlis pengurusan tempatan bagi setiap masjid dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan masjid berkenaan berada pada “tangan yang selamat”.

Bekas menteri itu juga berkata, telah tiba masanya Masjid Geneva diserahkan kepada majlis pentadbiran Switzerland yang mewakili orang Islam di kawasan itu.

“Ia harus mempunyai ulama yang dipilih,” katanya.

Mohammed memberitahu, Arab Saudi akan mengambil langkah sama berhubung semua masjid (yang dibiayainya) di seluruh dunia dengan merujuk kepada “sebab-sebab keselamatan”.

Pada Khamis, Mohammed mengetuai delegasi melawat kem Auschwitz susulan ulang tahun ke-75 pembebasannya.

Beliau menyampaikan penghormatan kepada orang Yahudi yang terkorban dalam insiden Holocaust semasa Perang Dunia ke-2, menurut laporan itu lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.