Apabila mata anda berkedip-kedip, orang tua kebiasaannya menyatakan tentang sesuatu akan berlaku sama ada perkara baik atau buruk.

Sama ada mitos itu benar atau tidak, ia terserah kepada kepercayaan masing-masing.
Namun secara asasnya, ia merupakan “Eye twitching” atau “Myokimia” di mana kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata.
Kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas. Mengapa dan apa puncanya?
1. Stres
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stres atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya “eye twitching.”
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa cermin mata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan “eye twitching.”
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa cermin mata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai cermin mata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein dan alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah “eye twitching.”
5. Kekeringan mata
Lebih daripada separuh warga emas mempunyai masalah mata kering. Selain itu, ia juga terjadi kepada pengguna komputer, serta mereka yang mengambil ubat antihistamine dan antidepressan, serta pemakai kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok ia akan menyebabkan pembebasan “histamin” pada tisu dan airmata. “Histamin” boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata boleh digunakan untuk mengurangkan “eye twitching.”
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba “meramal masa depan” dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos:
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik atau musibah.
Jadi anda mahu percaya tentang mitos atau fakta tentang “eye twitching?”
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]