
Selepas selebriti media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman pulang daripada mengerjakan umrah, dia memuat naik pula video terbarunya yang bercuti menaiki “cruise”.
Berdasarkan laman YouTube Sajat Perempuan, video berdurasi 8 minit 30 saat itu memaparkan seperti diterjah oleh jurukameranya ketika Sajat baru sahaja bangun dari tidur.
Setelah juruvideonya mengetuk pintu, seorang lelaki yang merupakan pembantu peribadi Sajat membuka pintu pada ketika usahawan kosmetik itu sedang memakai baju tidur berwarna merah jambu dan minum di hadapan cermin.
“Apa ni, nak terjah apa, ya Allah.. Mak, I tak ada bawa lelaki, tak ada bawa jantan, kenapa tiba-tiba nak terjah ni?” soalnya yang sedang keliru dengan situasi yang sedang terjadi.
Namun jurukamera memberitahu yang dia sedang merakam keadaan dalam bilik Sajat sebagai tatapan umum dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.
Menurut Sajat, dia kini sedang bercuti di dalam cruise dan menyewa bilik bernilai RM3,000.
Katanya ia merupakan percutian yang santai, meskipun bilik tidak besar namun sungguh relaks dengan pemandangan laut apabila jendela dibuka dan merasai suasana bercuti di atas laut.
Terdahulu, Sajat turut memuat naik videonya ketika mengerjakan umrah dan video itu hanyalah untuk tatapan umum mengenai aktivitinya bersama keluarga di sana.
Mengenakan jubah hitam serta berpurdah semakan-akan seorang wanita, dia menerima kecaman netizen dan meminta agar Sajat kembali kepada fitrah asal sebagai seorang lelaki.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]