
SKMM dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabatnya digantung buat sementara sehingga 8 Mac ini.
Katanya, tiada kes Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan kakitangannya setakat ini dan penutupan bangunan itu untuk memberi laluan kepada kerja pembersihan dan sanitasi sebagai langkah berjaga-jaga.
“Penutupan dan penggantungan sementara itu ialah langkah proaktif ekoran penularan wabak Covid-19 dan ia mencerminkan keprihatinan SKMM terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.”
Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas melalui saluran di bawah:
a. Permohonan penguntukan radas:
i. Permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/; atau
ii. Bagi pemohon baru, salinan “scan copy” borang permohonan yang dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected]
b. Pembayaran penguntukan radas boleh dibuat melalui portal pembayaran https://epayment.skmm.gov.my. Bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan penguntukan radas atau lesen boleh dikemukakan kepada:
i. Penguntukan radas: [email protected]
ii. Pelesenan: [email protected]
SKMM berkata, operasi lain berjalan seperti biasa dengan kakitangannya bekerja dari rumah.