
Sehingga 04:41 GMT, harga minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei turun 28.69% kepada AS$32.28 setong.
Nilai niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pada April pula berkurangan 31.35% kepada AS$28.33 setong.
Opec yang diketuai Arab Saudi mengadakan perjanjian mengenai pengurangan pengeluaran sejak 2016 dengan negara sekutu yang bukan merupakan negara anggota, diketuai Rusia.
Pada Jumaat Opec dan pakatan pengeluarnya, dipanggil Opec+, mengadakan mesyuarat di Vienna untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat, Opec+ bersetuju untuk menstabilkan pasaran minyak, tanpa menyentuh mengenai pemotongan pengeluaran.