Ahmad Maslan SUA Umno baru, Shahril Hamdan ketua penerangan

Ahmad Maslan SUA Umno baru, Shahril Hamdan ketua penerangan

Timbalan Ketua Pemuda Shahril Suffian Hamdan dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Shamsul Anuar Nasarah, manakala Mohd Rais Mohd Yasin dilantik ke majlis kerja tertinggu.

PETALING JAYA: Majlis kerja tertinggi (MKT) Umno hari ini melantik setiausaha agung, ketua penerangan dan ahli majlis kerja tertinggi yang baru kerana penyandang dilantik ke Kabinet.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dilantik sebagai setiausaha agung baru, menggantikan Annuar Musa, yang menjawat menteri Wilayah Persekutuan.

“Timbalan Ketua Pemuda Shahril Suffian Hamdan dilantik sebagai ketua penerangan yang baru menggantikan Shamsul Anuar Nasarah, manakala Mohd Rais Mohd Yasin dilantik sebagai ahli MKT yang baru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.