
Ketua Pengarah Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan kepada FMT berkata, larangan itu berkuatkuasa mulai esok sehingga 31 Mac.
Terdahulu, bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan lebih 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari ke republik itu.
Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing berkata agensi kerajaan dan persatuan perdagangan republik berkenaan sedia membantu majikan menyediakan tempat tinggal sementara untuk rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan perintah kawalan pergerakan untuk kegiatan agama, sukan, sosial dan budaya serta penutupan sekolah, kerajaan dan premis perniagaan bermula esok hingga akhir bulan ini.
Hanya perkhidmatan penting dan pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan pasar mini dibenarkan terus beroperasi.