Penyanyi Tegar menamatkan zaman bujangnya pada usia 19 tahun

Penyanyi Tegar menamatkan zaman bujangnya pada usia 19 tahun

Tegar sudah bernikah dengan seorang wanita bernama Sarah Sheilka di Jakarta Indonesia.

Tegar melangsungkan perkahwinannya dengan Sarah Sheilka meskipun baru berusia 19 tahun.

Penyanyi yang popular suatu ketika dulu menerusi lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” memaklumkan sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah Sheilka.

Penyanyi remaja Indonesia dikenali sebagai Tegar yang baru berusia 19 tahun itu berkongsi perkara itu di laman sosial Instagramnya.

Pasangan itu dinikahkan kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia.

“Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang Samawa amin,” tulisnya.

Posting tersebut menerima sebanyak lebih 30,000 tanda like serta ucapan tahniah daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan artis di Malaysia.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam serba kekurangan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.