Namewee bebas tuduhan dadah

Namewee bebas tuduhan dadah

Mahkamah Majistret melepaskan penyanyi Wee Meng Chee selepas dimaklumkan Jabatan Peguam Negara terima representasi keduanya untuk gugur pertuduhan.

Wee Meng Chee Namewee
Januari lalu Wee Meng Chee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.78g sildenafil serta pertuduhan pindaan memiliki 1.57g methamphetamine di sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada 22 Okt 2025. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Majistret melepaskan penyanyi Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namewee daripada dua pertuduhan dadah.

Bulan lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi awalnya untuk menggugurkan pertuduhan bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Majistret Khairunnisak Hassni membuat keputusan itu selepas dimaklumkan AGC menerima representasi kedua Wee untuk menggugurkan pertuduhan berkenaan.

Januari lalu, Wee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.78g sildenafil serta pertuduhan pindaan memiliki 1.57g methamphetamine di sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada 22 Okt 2025.

Sildenafil adalah bahan kawalan lazimnya digunakan dalam ubat disfungsi erektil.

Wee ditahan di hotel itu selepas dia melaporkan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin.

Dia diwakili peguam Fadhli Sutris manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal mewakili pihak pendakwaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.