AS negara pertama catat lebih 2,000 kematian Covid-19 sehari

AS negara pertama catat lebih 2,000 kematian Covid-19 sehari

Negara itu mencatatkan 2,108 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Seorang kakitangan perubatan kepenatan selepas menolak mayat pesakit ke sebuah bilik mayat sementara di New York pada Isnin. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat menjadi negara pertama mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh sehari, dengan 2,108 kematian dalam 24 jam lalu, menurut statistik Universiti Johns Hopkins.

Negara itu kini merekodkan 18,586 kematian dan angka berkenaan menghampiri 18,849 kematian di Itali yang mencatatkan jumlah korban paling banyak di dunia akibat pandemik itu.

Kes positif Covid-19 di AS juga menghampiri setengah juga, dengan 496,535 kes setakat 8.30 malam (waktu tempatan), peningkatan sebanyak 35,098 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.