PKP lanjut sampai 28 April, syarikat tertentu dibenarkan beroperasi, keadaan semakin pulih

PKP lanjut sampai 28 April, syarikat tertentu dibenarkan beroperasi, keadaan semakin pulih

Lanjutan PKP dilihat sebagai satu langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan lonjakan pesat kes positif tidak berlaku dalam masa terdekat.

Lanjutan PKP dilihat sebagai satu langkah perlu dilakukan bagi memastikan lonjakan kes positif tidak berlaku dalam masa terdekat.

Sudah hampir sebulan rakyat Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Namun selepas mengambil kira perkembangan semasa wabak Covid-19 dan berdasarkan kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lanjutan PKP sehingga 28 April 2020.

Ini menunjukkan satu perkembangan yang memberangsangkan.

Bagi mengekalkan keadaan tersebut, lanjutan PKP dilaksanakan bagi menyokong usaha membendung kemaraan wabak Covid-19.

Syarikat terpilih akan beroperasi sepanjang tempoh lanjutan PKP

Melihat kepada keadaan ekonomi yang terjejas, kerajaan Malaysia akan membenarkan syarikat sektor tertentu untuk beroperasi sepanjang tempoh lanjutan PKP.

Perkara ini akan dilakukan secara berperingkat dan ia akan dipantau oleh satu jawatankuasa khas bagi memastikan syarikat terlibat mematuhi protokol operasi.

Bagaimanapun, keputusan ini tidak bermakna lanjutan PKP kali ini boleh diambil mudah.

Satu garis panduan akan dikeluarkan sebagai rujukan syarikat berkenaan dengan tatacara operasi bagi menghindarkan penularan Covid-19.

Setiap individu masih perlu mengamalkan jarak sosial, meningkatkan kekerapan mencuci tangan dan memakai topeng ketika sakit.

Sekiranya ingkar, kebenaran untuk beroperasi bagi syarikat terlibat boleh ditarik balik.

Sekolah tidak akan dibuka awal sepanjang lanjutan PKP, ibu bapa tidak perlu risau

Sebagai ibu bapa, pastinya anda berasa risau akan keselamatan anak anda sepanjang musim wabak Covid-19.

Jika ada ura-ura yang mengatakan sekolah akan dibuka awal, perkara itu tidak benar.

Muhyiddin berkata sekolah tidak akan dibuka dalam masa terdekat.

Namun begitu, ibu bapa disaran untuk memastikan anak-anak belajar di rumah sepanjang tempoh lanjutan PKP.

Kita tidak tahu sampai bilakah wabak ini akan melanda.

Jika kita mengambil masa beberapa bulan sebelum sekolah boleh dibuka, sudah tentu tahap akademik anak akan terjejas.

Oleh itu, pihak kerajaan, diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, komited untuk mewujudkan inisiatif pembelajaran di rumah (home-based learning).

Keadaan semakin pulih, rakyat wajib patuh arahan lanjutan PKP

Setakat ini, peratusan kepatuhan terhadap perintah kawalan pergerakan berada pada tahap yang sangat memuaskan.

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berada pada angka 7%.

Ini lebih rendah berbanding dengan apa yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya jumlah jangkitan dikekalkan pada angka 10%.

Kadar kematian Covid-19 di Malaysia juga lebih rendah berbanding dengan peratusan kematian global.

Lanjutan PKP ini dapat membantu semua pihak terutamanya pekerja di barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak.

KKM akan memberikan perhatian kepada kumpulan sasaran yang lebih berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19.

Pihak kerajaan juga akan memperketatkan kawalan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap tahap kebajikan negara, kepatuhan kepada lanjutan PKP dapat memudahkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak Covid-19.

Kita perlu fahami bahawa keputusan untuk menamatkan PKP tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Lanjutan PKP ini dilihat sebagai satu langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan lonjakan pesat kes positif tidak berlaku dalam masa terdekat.

Muhyiddin turut mengucapkan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan rakyat selesa berada di kediaman masing-masing.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.