Nurul Hidayah, suami didakwa di mahkamah Selasa

Nurul Hidayah, suami didakwa di mahkamah Selasa

Kedua-dua tertuduh akan didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Polis mengesahkan Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami, Saiful Nizam Mohd Yusof akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur kerana ingkar perintah kawalan pergerakan.
KUALA LUMPUR:
Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami, Saiful Nizam Mohd Yusoff akan didakwa di mahkamah Selasa ini atas dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed ketika mengesahkan perkara itu berkata anak dan menantu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Perkara itu diputuskan pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan polis mengambil keterangan daripada kedua-dua mereka pada 24 April.

Huzir berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya mendapat arahan untuk mendakwa kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Beliau menegaskan tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa juga undang-undang negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.