
Beliau berkata ini memandangkan Parlimen memutuskan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan dan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat.
“Maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang telah diumumkan.
“Persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam, serta membolehkan ahli-ahli jemaah menteri melaksana agenda legislatif kementerian masing-masing” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan bersama itu dibuat Mahathir, Shafie Apdal, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng.
Dalam kenyataan itu, pimpinan itu berkata keputusan tersebut bermakna pada perkiraan kerajaan wabak Covid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati SOP yang ditetapkan.
“Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakkan sosial, memakai penutup muka serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen.