Presiden Tanzania tuduh ada unsur ‘sabotaj’ apabila betik dan kambing positif Covid-19

Presiden Tanzania tuduh ada unsur ‘sabotaj’ apabila betik dan kambing positif Covid-19

Magufuli menyifatkannya sebagai satu ‘permainan kotor’ apabila hasil ujian mendapati buah betik dan kambing ada tanda Covid-19.

Magufuli menyifatkannya wujud satu ‘permainan kotor’ apabila hasil ujian mendapati buah betik dan kambing ada tanda Covid-19. (Gambar Reuters)

Presiden Tanzania, John Magufuli, mempersoalkan jumlah kes Covid-19 di negaranya kerana bimbang berlaku unsur sabotaj.

Sehubungan itu beliau mengarahkan para penyelidikan untuk melakukan siasatan jika wujud unsur sabotaj dari pihak luar.

Negara Afrika timur itu sehingga kini dilaporkan terdapat 480 kes positif dan 16 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun dia dikritik oleh pihak pembangkang kerana dilihat menyembunyikan jumlah sebenar dan tidak memandang serius wabak ini.

Namun Magufuli menegaskan mereka yang dijangkiti tidak semestinya sakit dan pada masa yang sama dia menyatakan keraguannya dengan sumber makmal.

“Peralatan atau kakitangan mungkin terganggu dan kadang-kadang, sabotaj boleh berlaku,” kata Presiden Tanzania kepada Straits Times.

Ini kerana menurut Magufuli, dia secara diam-diam memeriksa sejumlah jenis binatang, buah-buahan dan minyak kenderaan.

Dan hasil pemeriksaannya mendapati, terdapat tanda-tanda wabak Covid-19 menular dalam buah betik, kambing.

Sehubungan itu Magufuli menyifatkannya sebagai satu “permainan kotor”.

“Maksudnya, ada kemungkinan kesalahan atau reagen [bahan kimia] yang diimport memiliki masalah. Mungkin juga, pegawai teknikal cuai,” tuduhnya seperti yang dilaporkan.

Magufuli kemudian mengarahkan Menteri Perlembagaan dan Undang-Undang, Mwigulu Nchemba, yang baru saja dilantik olehnya untuk melakukan siasatan.

“Pergi dan siasat jika ada kemungkinan kejahatan di makmal nasional, dan bertindak segera,” kata Magufuli.

Nchemba sebelum ini menggantikan Augustine Mahiga, salah satu daripada 3 anggota parlimen yang meninggal dunia.

Tidak ada penjelasan mengenai punca kematian, namun salah seorang daripada mereka dilaporkan meninggal akibat dijangkiti wabak Covid-19 pada April lalu.

Tanzania antara negara yang tidak mengambil berat mengenai isu wabak ini ditambah pula Magufuli antara pemimpin dunia yang memandang rendah dengan kesan yang dibawa oleh wabak ini.

Sekolah, universiti, pasar, pengangkutan bas, dan kedai masih dibuka.

Malah Magufuli turut meminta orang ramai untuk terus bekerja walaupun keadaan di luar agak meragukan.

Dia juga pernah mengkritik pemimpin Muslim yang menutup masjid di Dar Es Salaam sebagai langkah pencegahan terhadap wabak tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.