
Perkembangan ini menjadikan jumlah kes positif dalam kluster itu 131 kes.
“Daripada jumlah itu 122 kes melibatkan bukan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.
Beliau berkata kementerian sudah laksanakan proses pengesanan dan ujian kontak rapat. Mereka yang didapati positif akan diasingkan.
“Setakat ini 768 kontak rapat dikenalpasti dan diuji,” katanya, dan menambah proses nyahcemar juga dilakukan di kilang berkenaan.
Dalam pada itu, kluster Pasar Chow Kit juga melaporkan pertambahan 5 kes, menjadikan jumlah kes positif dalam kluster itu 53 kes.
“Daripada jumlah itu 38 kes melibatkan bukan warganegara,” katanya.