
Ia menjadikan hanya daerah Petaling masih dikategori sebagai zon merah, sementara baki 6 lagi daerah kekal dalam zon kuning.
Infografik Kementerian Kesihatan hari ini juga menunjukkan hanya 7 daerah di seluruh negara zon merah.
Sesebuah daerah diisytiharkan zon merah apabila ia mencatatkan lebih 40 kes aktif.
Tujuh zon merah aktif adalah Petaling (Selangor); Batu, Ibu Kota, Kampung Baru, dan Pudu (Kuala Lumpur); Kuching (Sarawak); dan Rembau (Negeri Sembilan).
Rembau dan Kampung Baru merekodkan kes aktif tertinggi dengan masing-masing 160 dan 72 kes.
Selain 7 zon merah, infografik Kementerian Kesihatan turut menunjukkan 73 zon kuning, dan 121 kawasan kembali menjadi zon hijau di seluruh negara.
Setakat ini, 113 kematian dan 6,872 kes positif Covid-19 direkodkan, manakala 5,512 pesakit pulih dan 1,247 masih menerima rawatan.

