Bermalam di raya pertama salahi SOP

Bermalam di raya pertama salahi SOP

Kebenaran untuk bersama keluarga yang diziarah dalam 1 rumah hanya dibenarkan untuk raya pertama.

Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bermalam pada raya pertama menyalahi tatacara operasi standard perintah kawalan pergerakan bagi sambutan Aidilfitri, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan kebenaran untuk bersama keluarga yang diziarah dalam 1 rumah hanya dibenarkan untuk raya pertama.

“Raya pertama sahaja boleh bersama keluarga dalam rumah itu,” katanya pada sidang media hari ini.

“Katakan raya 24hb, kalau dia tidur di situ lebih 12.01 minit dah jadi 25hb, dan dia nak raya lagi esoknya, jadi salah dari segi SOP,” tambahnya.

Ismail ditanya pemberita adakah dibenarkan bermalam di rumah yang dilawat pada hari raya pertama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.