Harga RON 95, RON 97 naik 5 sen, diesel naik 2 sen

PETALING JAYA: Harga petrol dan diesel masing-masing naik 5 sen dan 2 sen bermula tengah malam ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.

RON95 akan dijual pada harga RM1.48 seliter, sementara RON97 RM1.78 seliter. Diesel dijual pada harga RM1.63 seliter.

Harga baru ini akan berkuat kuasa sehingga 12 Jun depan.

Kementerian itu berkata, peningkatan harga minyak disebabkan pertambahan harga produk bertapis selari dengan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perubahan harga minyak dunia dan mengambil langkah wajar bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat terpelihara,” katanya.