Diesel di Semenanjung, RON95 tanpa subsidi naik 5 sen

Diesel di Semenanjung, RON95 tanpa subsidi naik 5 sen

Harga petroleum masih kekal tinggi berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat.

PETALING JAYA:
Harga runcit diesel di Semenanjung dan petrol RON95 naik 5 sen seliter bagi minggu mendatang, bermula esok, berlatarkan kekangan bekalan minyak mentah dan produk petrolum global akibat konflik di Asia Barat.

Bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei, harga runcit diesel di Semenanjung dikemaskini kepada M5.17 seliter, manakala RON95 pula RM4.02 seliter.

Harga runcit RON97 tidak berubah, begitu juga harga bagi produk petroleum bersubsidi secara bersasar iaitu RM2.15 seliter bagi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dan di Sabah, Sarawak dan Labuan; RM2.05 seliter bagi petrol menerusi bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi; dan RM1.99 seliter bagi RON95 menerusi BUDI95.

“Harga petroleum masih kekal tinggi, melebihi USD100 setong, berikutan ketiadaan penyelesaian terhadap konflik di Asia Barat,” kata Kementerian Kewangan.

“Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.