53 motosikal, 8 kereta terbakar di tempat letak kenderaan PPR

Anggota bomba memadam kebakaran di tempat letak kenderaan sebuah PPR di Gombak pagi tadi.

PETALING JAYA: Sebanyak 53 motosikal dan 8 kereta terbakar di tempat letak kenderaan sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Gombak, Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.05 pagi tadi dan jentera bomba tiba 10 minit kemudian.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 10 minit.

Sebahagian daripada 53 motosikal yang hangus terbakar sepenuhnya.

Hampir semua 53 motosikal hangus terbakar sepenuhnya, manakala 8 kereta terbakar 60% hingga 80%.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.