Al Jazeera akan dipanggil polis

Al Jazeera akan dipanggil polis

Polis terima laporan berkaitan berita mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.

Pejabat rangkaian Al-Jazeera di Jerusalem. (Gambar Reuters)
PUTRAJAYA:
Media antarabangsa, Al Jazeera akan dipanggil polis untuk disoal selepas laporan diterima berkaitan berita mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.

“Kita akan tengok dari sudut mana dalam undang-undang selepas dia menjawab soalan,” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan ini bagi memastikan sama ada terdapat unsur hasutan atau salah laku undang-undang, termasuk mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Pada Jumaat, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” di program 101 East.

Video 25 minit itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.