
Dalam video itu, lelaki itu, tanpa memakai baju, dirakam mengetuk butang lif dengan tukul dan kemudian mengancam kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak itu dilihat ketakutan sambil cuba mempertahankan dirinya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, lelaki itu, yang memiliki 5 rekod jenayah dengan 2 daripadanya berkaitan dadah, sudah 4 tahun berpisah dengan isterinya.
Dia juga dapat hak menjaga anak tunggal mereka.
Katanya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan polis akan memohon perintah reman terhadap lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak kerana penderaan.
Jika sabit kesalahan pelaku boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda RM10,000.