7 maut kemalangan di Simpang Pulai

7 maut kemalangan di Simpang Pulai

7 yang maut terdiri daripada 5 orang dewasa termasuk 3 wanita serta 2 kanak-kanak lelaki.

Tujuh maut manakala 3 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan MPV Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang ini. (Gambar Facebook)
IPOH:
Tujuh maut manakala 3 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pukul 5.55 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi.

Katanya, 7 yang maut terdiri daripada 5 orang dewasa termasuk 3 wanita serta 2 kanak-kanak lelaki.

“Tiga mangsa yang cedera pula terdiri daripada 2 kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Operasi menyelamat sedang dijalankan dan maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.