Pengkritik Putin koma, pembantu syak diracun

Ahli politik pembangkang Russia Alexei Navalny pada satu himpunan ulang tahun pembunuhan seorang ahli politik pembangkang Rusia pada Februari. (Gambar AP)

MOSCOW: Ahli politik pembangkang Rusia, Alexei Navalny, hari ini koma di sebuah hospital di Siberia selepas meminum secawan teh, yang jurucakapnya percaya mengandungi racun.

Navalny, seorang pengkritik Presiden Vladimir Putin yang lantang, mula berasa sakit sekembalinya ke Moscow dari Tomsk di Siberia menaiki kapal terbang pada Rabu.

Beliau diusung keluar dari pesawat yang membuat pendaratan cemas di Omsk.

Beliau dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat ventilator paru-paru buatan, kata jurucakapnya Kira Yarmysh.

“Kami anggap Alexei diracun dengan sesuatu yang dicampurkan dalam air teh. Itu sahaja yang diminumnya pada pagi. Alexi sekarang tidak sedarkan diri,” kata Yarmysh.

Doktor memberikan maklumat bercanggah mengenai keadaannya, mengatakan beliau sudah stabil tetapi masih terancam dan mereka sedang berusaha menyelamatkannya.

Terdapat sejarah panjang seteru Kremlin diracun atau jatuh sakit selepas disyaki diracun.