
Peletakan jawatan bekas presiden bersama Kasikornbank itu berkuat kuasa esok, menurut pengumuman warta diraja hari ini.
Ahli perbankan berumur 61 tahun itu dipilih sebagai menteri kewangan pada 6 Ogos lalu. Beliau menyertai Kabinet Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, tidak jelas sebab Predee meletak jawatan, namun media tempatan melaporkan beliau berundur atas sebab kesihatan.
Peletakan jawatan Predee menambah ketidaktentuan usaha Thailand memulihkan ekonomi negara itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Kementerian Kewangan menurunkan unjuran penguncupan ekonomi 2020 kepada 8.5% dalam keluaran dalam negara kasar daripada 2.8% pada Januari disebabkan kesan Covid-19.