
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 112 individu dikompaun, 17 direman manakala 2 individu dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan termasuk tidak memakai pelitup muka (31), gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (20), langgar perintah kuarantin (2), premis beroperasi lebih masa (4), premis beroperasi tanpa lesen perniagaan (1), dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (73),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama beliau turut memaklumkan menerusi Operasi Benteng semalam, pihak berkuasa melakukan 18 tangkapan membabitkan 4 tekong dan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Operasi turut membuat rampasan melibatkan 1 bot dan 4 kenderaan darat. Sebanyak 79 sekatan jalan raya Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan polis (65 sekatan) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (10) dan tentera (4).
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya.