
M Lokanathan mendakwa tanah ladang sawit 144 ekar milik Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad (KKPTB) itu sepatutnya dijual pada harga RM68,000 seekar tetapi dijual pada harga RM11,200 seekar.
“114 ekar ladang sawit ini dipindah milik kepada sebuah syarikat yang mana beliau (bekas pemimpin MIC) merupakan salah seorang pengarah,” katanya kepada pemberita selepas laporan dibuat hari ini. Lokanathan juga adalah ahli KKPTB.
Menurut Lokanathan, tanah itu diwujudkan bekas presiden MIC, V T Sambanthan, untuk pekerja Ladang Dovenby di Sungai Siput, Perak.
“Tanah itu sebenarnya untuk pembangunan perumahan bagi rakyat dan ahli koperasi seperti dijanjikan semasa pilihan raya umum ke-11 (2004),” katanya.
SPRM mengesahkan menerima laporan Lokanathan. FMT sedang mendapatkan reaksi bekas pemimpin MIC itu.