James Chai sambung rakam percakapan hari ketiga esok

James Chai sambung rakam percakapan hari ketiga esok

SPRM mengesahkan rakaman percakapan saksi itu akan disambung lagi pada jam 10 pagi esok.

James Chai
James Chai hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada 9.45 pagi tadi.
PETALING JAYA:
James Chai, bekas pembantu kepada bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, akan hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi menyambung rakaman percakapan buat hari ketiga.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Mohd Hafaz Nazar mengesahkan saksi telah dilepaskan pada jam 6.45 petang tadi selepas selesai memberi keterangan bagi hari kedua.

“Rakaman percakapan akan disambung lagi untuk hari ketiga, esok pukul 10 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Bernama melaporkan Chai tiba pada 9.45 pagi untuk bantu siasatan dakwaan salah laku dalam perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan pembuat cip Arm Holdings yang ditandatangani Mac tahun lalu.

Semalam, Chai disoal-siasat pegawai SPRM lebih lapan jam selepas pulang dari UK, tempat beliau kini bekerja.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk seorang bekas menteri, telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Pegawai lain yang terlibat termasuk pegawai kanan di Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.