
Ketika memberikan maklumat terkini berkaitan program pemvaksinan Covid-19 dan kesan advers di Parlimen semalam, beliau berkata, dalam kalangan mereka yang menerima vaksin tersebut, terdapat empat kes anafilaksis dilaporkan, yang menjadi permulaan reaksi alergi yang teruk.
“Seorang diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa jam, manakala yang lainnya telah dibenarkan keluar hospital selepas pemerhatian sehari atau rawatan. Tiada yang memerlukan bantuan unit rawatan rapi (ICU),” katanya.
Berkaitan dengan bekalan vaksin, Puthucheary berkata kerajaan mengharapkan kesabaran dan sokongan daripada semua, “kami dengan progresifnya melakukan proses pemvaksinan kepada seluruh populasi selaras dengan penghantaran vaksin itu.”
Puthucheary berkata, Singapura telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan Pfizer-BioNTech, Moderna dan Sinovac dan sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat farmasutikal yang lain.
“Disebabkan kepada sensitiviti komersial dan kerahsiaan dalam perjanjian pembelian awal kita, kita tidak boleh mendedahkan jumlah vaksin yang dipesan secara spesifik, mahukan jadual penghantaran,” jelasnya.
Menteri itu menyatakan republik itu akan terus memantau rapat bekalan vaksinnya, bagi memenuhi sasaran memvaksinkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di Singapura menjelang akhir 2021.
Beliau berkata, ini berikutan kepada kemungkinan kelewatan dalam penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech, disebabkan kerja-kerja menaik taraf kilang pembuatan Pfizer.
Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Singapura pada 21 Dis tahun lepas.
Republik itu memulakan proses pemvaksinannya pada 30 Dis, dengan petugas-petugas kesihatan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) merupakan mereka yang mula-mula menerima suntikan vaksin tersebut.