
Jumlah itu merangkumi SD100,000 sebagai ganti rugi am dan SD33,000 untuk ganti rugi teruk, demikian menurut laporan tersebut.
Menurut laporan itu, Leong disaman kerana berkongsi artikel terbitan sebuah portal berita Malaysia, The Coverage, yang secara palsu mengaitkan Lee dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menerusi laman sosial Facebooknya.
Laporan itu memetik hakim Aedit Abdullah dalam penghakiman bertulisnya sebagai berkata Leong berbuat demikian “tanpa bertanya tentang kebenaran artikel tersebut” dan mempamerkan “rasa tidak peduli sama ada artikel itu benar atau tidak.”
“Apabila dilihat secara bersama dengan keengganannya meminta maaf atas kenyataan fitnah itu, boleh disimpulkan wujud unsur niat jahat,” kata hakim itu yang dipetik oleh laporan berkenaan.
Prosiding kes itu berlangsung pada Oktober tahun lepas.